Kesemua Murid Tahun 6 UPSR SKTAR dan barisan guru serta urusetia
Jabatan Pelajaran Selangor dengan
kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Kem Akademik UPSR
Murid Asli Tahun 6 2013 dari 27 hingga 30 Ogos 2013 di Pusat Latihan
Penguatkuasa (PULAPES) Jugra, Banting.
Kem ini bertujuan :
1- Mencari dan mengenalpasti potensi
untuk membina keyakinan diri murid Asli
2 - Menyediakan murid dari
segi fizikal dan mental kearah kecemerlangan potensi diri.
3. Meningkatkan mutu pembelajaran
murid Asli dengan kaedah menjawab lebih berkesan memperolehi pencapaian optimum
4. Memberi pendedahan kepada
murid-murid Asli teknik-teknik menjawab soalan UPSR secara intensif dan
efektif.
Pendaftaran peserta
khusyuk mendegar penerangan dari motivator
Majoriti Murid-murid SKTAR telah menghadiri Kem Akademik tersebut dan ditemani oleh para guru subjek tahun 6 secara bergilir iaitu :
- Puan Jauharriah binti Ahmad ( Guru Tahun 6 / Guru BM)
- Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz ( Guru Sains)
- Cik Nurhayati binti Hashim ( Guru B.I)
- Encik Nayan b. Mohamad ( Guru Matematik )
Barisan
pentadbir diketuai Guru Besar juga turut serta dimana di akhir program
para murid mendapat suntikan motivasi dari barisan pentadbir, guru-guru dan
motivator dilantik khusus oleh JPS dikalangan guru-guru sekitar Hulu
Selangor.
Menghimpunkan kesemua murid orang Asli seluruh Selangor
Antara barisan penceramah subjek ialah :
- Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Bahasa Melayu )
- Encik Hassan bin Basri ( Matematik )
- Puan Rosniza ( Bahasa Inggeris )
- Encik Mazlan ( Sains )
Makan dan minum disediakan penganjur
Cikgu Nayan menemani murid-murid untuk pulang ke Hulu Selangor
Tahniah diucapkan pada semua barisan guru ,pentadbir dan murid-murid Tahun 6 SKTAR 2013. Semoga usaha kalian akan diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT. Sasaran SKTAR tahun ini aalah mencapai seramai mungkin murid lulus kesemua matapelajaran dalam UPSR 2013.
-SKTAR DIHATIKU-