SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Monday, 29 July 2013

Packaging Kerepek Raya 2013

Salam Ramadhan diteruskan lagi minggu ini..

Panitia Pendidikan Islam sekali lagi menganjurkan Majlis gotong-royong membungkus semua kerepek yang dibeli secara pukal oleh Ustaz Aziz di kampungnya Sungai Besar. Program takwim itu berJalan sebentar tadi jam 11.00-12.15 tengahari ( 29 Julai 2013 ) bersamaan 20 Ramadhan 1434 hijriah.








Terima kasih juga diucapkan pada Cikgu Jashiah yang menyumbangkan 5 bungkus kerepek besar " Kuih goyang rose ". Antara kerepek kampung yang dibungkus para guru ialah 1) Ubi masin 2) Sukun hiris 3) sukun bilah 4) ubi pedas. Pada tahun ini penyampaian sumbangan Aidilfitri akan diadakan pada hari Jumaat ini.InsyaAllah.


SKTAR & RAMADHAN DI HATI

Iftar jama'e 2013



 Salam Ramadhan diteruskan...


Pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 hijriah berlangsung sebuah lagi ikatan ukhwah sesama islam di SKTAR.


Panitia Pendidikan Islam telah merangka program sempena Ihya' Ramadhan 1434 hijriah, di mana salah satu program tersebut adalah Majlis Berbuka Puasa bersama murid-murid Asrama 2013. Untuk kali ini majlis adalah agak simple dan berupa perkongsian juadah @ pot Luck yang dibawa oleh guru-guru. Hidangan menu utama satay mendapat tajaan sumbangan dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor Unit Program Pendakwahan Muallaf sebanyak RM300.00 untuk tujuan ini . terima kasih diucapkan.









Antara juadah yang disediakan ialah :satay,  nasi putih, gulai Ayam masak lemak, sayur campuk, telur dardar, ikan goreng masin, sambal belacan, tempoyak, kuih muih, ulam-ulaman dan air jus oren. Program itu dihadiri antaranya Ustazah Asfarina dan keluarga, Ustaz Aziz dan isteri, Cikgu Rokiah dan anak, Syed dan anak, Cikgu Jashiah, Cik Noor Ida dan Puan Rodiha Irhanim.

Selesai majlis iftar tersebut, majlis diteruskan dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah di surau SKTAR dipimpin oleh Ustaz Sharif. Terserlah kegembiraan di wajah murid-murid islam dan bukan islam dapat berbuka bersama warga kerja sekolah.


RAMADHAN DIHATI

Wednesday, 24 July 2013

RAMADHAN 2013 : BUBUR LAMBUK ALA TERENGGANU

Salam Ramadhan 1434 hijriah..

Seperti kebiasaan rutin bulan Ramadhan setiap tahun, Panitia Pendidikan Islam SKTAR telah menganjurkan gotong-royong memasak bubur lambuk. Pada tahun ini Guru besar telah mencadangkan menu bubur lambuk ala pantai timur disediakan. Berkat kerjasama semua  warga kerja sekolah, maka berjalan lancarlah program yang telah dirancang sebelum Ramadhan lagi.


 Bergambar kenang-kenangan

 Cikgu Nayan dengan apronnya.

 Bersedia untuk dihidangkan

 Ustazah Nor Hayati ( Tudung hitam) & Ustazah Asfarina ( Tudung kelabu) dibantu guru dan staf.

Murid Islam turut berasa gembira meraikan Ramadhan tahun ini di SKTAR



Ketua Chef diketuai oleh Ketua panitia Pendidikan Islam iaitu ustazah Nor Hayati binti Nawawi. Kesemua ramuan dan bahan telah disediakan sehari sebelum program berlangsung. terima kasih idak terhingga pada Syarikat Pengawal keselamatan Isham Sdn bhd yang memberi sumbangan sempena Ihya' Ramadhan tahun ini.

Sebanyak 100 cup telah diserahkan pada semua murid Islam dan warga kerja SKTAR. Semoga pertalian ummah ini berkekalan ke akhirnya. Aamiin. 


SKTAR DIHATIKU

Saturday, 20 July 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG SEMESTER 1 TAHUN 2013

Salam..

Pada hari Sabtu jam 7.40- 8.30 pagi  bersamaan 20 Julai 2013 bertempat di Dataran SKTAR, Satu Program Hari Anugerah Kecemerlangan Semester pertama tahun ini telah diadakan. Inisiatif Guru Besar ini bagi membangkitkan mood kecemerlangan pada semua murid yang mencapai target cemerlang sepanjang bulan Januari - Julai 2013.  Tahniah diucapkan pada semua murid yang berjaya.

 Antara hadiah yang disediakan

 Adik Amy Wan Nazrie menerima hadiah dari Guru Besar

 Adik Maiyuni bin Tomin menerima anugerah semua subjek lulus UPSR baru-baru ini

 Murid lain menerima motivasi tonik dari rakan yang berjaya.

Hari ini juga merupakan sekolah ganti bagi maksud menggantikan cuti ekoran jerebu melanda negara pada 24 Jun 2013 (Isnin) yang lalu. Pada hari Sabtu ini juga menjadi hari terbuka untuk Ibu Bapa berbincang bersama guru sewaktu menandatangi Buku Laporan Adab Belajar di kelas anak masing-masing.

Keseluruhannya pencapaian anak tuan adalah .....

SKTAR DIHATIKU.

Friday, 19 July 2013

Ihya' Ramadhan 2013 : Siri 2 Bacaan Yassin, solat Hajat & Dhuha

Salam Ramadhan..

Pada hari ( Jumaat 19 Julai 2013)  jam 7.45- 9.00 pagi bertempat di Surau asrama berlangsungnya program Ihya' Ramadhan Kali kedua. Alhamdulillah program rutin setiap jumaat di bulan Ramadhan itu mendapat kerjasama sewajarnya dari semua warga kerja SKTAR dan murid-murid islam di sekolah ini. bacaan Yassin disertai dengan sumbangan air mineral pada semua jemaah.




Kami bersyukur atas nikmat ramadhan yang DIKAU limpahkan pada kami semua.. ALHAMDULILLAH ;)

IHYA' RAMADHAN 2013 : PEJABAT AGAMA SERAHKAN BANTUAN RAMADHAN & RAYA

Salam..

Pada Hari Jumaat bertarikh 19 Julai 2013 ekitar jam 9.30 pagi, SKTAR telah menerima kunjungan perseorangan dari Unit Biro Muallaf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor ( PAIDHS) iaitu ustaz Rose Efendi bin Marjumat. Kunjungan ini berkaitan kertas kerja yang telah dipohon oleh Panitia Pendidikan Islam SKTAR pada Biro tersebut seminggu sebelum Ramadhan yang lalu.

Ustaz Rose efendi menyerahkan sumbangan pada guru Besar

Sebayak RM 310.00 Bantuan bagi program Ihya' Ramadhan telah diluluskan oleh unit berkenaan bagi membantu kelinciran program sempena Ramadhan pada kali ini. Selain itu sebanyak RM 400.00 diterima setiap murid Islam kategori Muallaf iaitu adik :

  • Fidi Sadri bin Sari 
  • Nazri bin Siba.

Diharap dengan bantuan dari PAID sebanyak RM400 itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh keluarga murid terbabit menjelang syawal kelak. terima kasih diucapkan pada Biro Muallaaf  PAID dan Panitia Pendidikan Islam.

Thursday, 18 July 2013

PERCUBAAN UPSR 2013

Salam..

 Pada hari Selasa - Khamis ( 16-18 Julai 2013 ) bertempat di dewan sementara SKTAR, telah berlangsung Ujian Percubaan bagi UPSR Tahun 2013. Kesemua murid tahun 6 di sekolah ini tekad menghadapi ujian kali ini dengan penuh semangat, harapan dan iltizam demi mencapai apa yang dicitakan setiap murid. para guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan pada semua murid terbabit.




SKTAR DIHATIKU

Saturday, 13 July 2013

Solat hajat, Dhuha & Yassin Ramadhan 2013



Salam..

Pada 12 Julai 2013 (Jumaat) bersamaan 3 Ramadhan 1434 Hijriah telah berlangsung majlis bacaan surah yassin, solat dhuha dan solat sunat hajat bertempat di Surau Asrama SKTAR. Program kelolaan Panitia Pendidikan Islam ini berjalan lancar dibantu oleh semua guru-guru dan kakitangan staf. kehadiran hampir kesemua murid Islam dari tahun 1-6 juga mengisi saff-saff di surau tersebut.




Selain bacaan yassin dan solat sunat,  penyediaan air mineral oleh Panitia  untuk diberi pada murid-murid mengisi lagi slot majlis ibadah pada pagi ini. Program ini juga diberi kata ucaptama oleh Guru Besar encik Abdul Rahman bin Abdullah. Terima kasih pada semua yang menjayakan program ihya' Ramadhan SKTAR tahun ini.

SKTAR DIHATIKU.

Tuesday, 9 July 2013

Pot Luck menjelang Ramadhan 1434 h

Salam..

Seusai majlis perasmian bulan Panitia Pendidikan Islam, Kelab Guru SKTAR telah menganjurkan tradisi murni setiap tahun menjelang ramadhan dikalangan warga kerja SKTAR. Pada hari Selasa jam 9.45-10.40 pagi di PSS SKTAR. Kesemua guru dan staff telah sudi membawa juadah untuk dikongsi bersama. Antara yang dihidangkan seperti : Taufufa, nasi berlauk, jus tembikai, kuih muih dan pastri.




Tahniah pada semua warga kerja SKTAR kerana meneruskan tradisi perkongsian pintar ini. Esok sudahpun Ramadhan.. Jadi Admin blog ingin mengucapkan selamat datang ramadhan dan selamat menempuh bulan ujian, bulan dugaan dan bulan kerahmatan. 


SKTAR DIHATIKU .

PELANCARAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & IHYA' RAMADHAN

Salam.. Ramadhan datang lagi,, bermaksud bulan Panitia Pendidikan Islam. :)





Bersempena Ramadhan 1434 Hijriah, pada Selasa 9 Julai 2013 bersamaan 29 Sya'ban 1434 h , Panitia Pendidikan Islam SKTAR telah melancarkan bulan Panitia Pendidikan Islam peringkat sekolah di Dataran sekolah. Kesemua murid dan guru-guru hadir di tapak perhimpunan meskipun cuaca hujan membasahi bumi SKTAR. Rahmat Ramadhan barangkali. Aamiin :).



Antara program yang telah disipakan untuk semua 43 murid Islam SKTAR seperti :


  • Pelancaran Bulan Panitia 9/7/13
  • Tazkirah Ramadhan 10/7 - 2/8 2013
  • Solat Dhuha, Bacaan Yasin, Hajat 12,19 Julai & 2 Ogos 2013
  • Tadarus al-Qur'an Sepanjang - hari Ramadhan persekolah
  • Kuiz dan Pameran 15-19/7/13
  • Packaging sumbangan 22/7/13
  • Bubur lambuk 23/7/13
  • Berbuka puasa bersama murid : 24/7/13
  • Penutupan bulan : 29/7/13
  • Sumbangan Aidilfitri 2/8/13
 

Perasmian oleh Tuan Guru Besar dan diacarakan oleh Ketua Panitia P.Islam, Ustazah Norhayati binti Nawawi. Penyerahan pamplet untuk makluman murid2 turut diserahkan pada guru-guru kelas ditampal di notis board kelas masing-masing. Selamat menyambut Ramadhan :)  

Puasa jangan tak puasa ye... begitulah kata2 KP



RAMADHAN KAMI RINDUKAN.

Monday, 8 July 2013

Raptai dan Kejohanan SKTAR ke 35 tahun 2013

Salam... 


Pada 1-5 Julai 2013 : Raptai dan sukantara awal di Padang Awam Taman Juta dan Gelanggang Futsal KKB

7 Julai 2013 : Kejohanan SKTAR ke 35 di Padang SK KKB dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan Basri selaku Ketua Meja Sekolah Orang Asli Hulu Selangor.

Keputusan keseluruhan :

1) Rumah Merah 125 Mata
2) Rumah Kuning 119 Mata
3) Rumah Biru 111 Mata.

Keputusan :
  • Rumah tercantik : Kuning
  • Perbarisan terkemas : Biru
  • Keseluruhan acara sukan : Merah 

Anugerah :

  • Olahragawan : Hari bin Johar Tahun 5 ( Merah)
  • Olahragawati : Rosmayanti Erna Tahun 5  (Kuning)
Ketua Bacaan Ikrar :
  • Naszrul Ikmal Tahun 6  ( Kuning )

 Ustaz Aziz mencuba sumpit sambil diperhatikan Penyelia asrama Puan Diha


 Penonton dari kalangan penjaga dan waris murid2

Kami Yakin !!!

Beberapa cabutan bertuah turut diadakan antaranya hadiah 2 buah handset, hamper runcit dan tupperware.
Terima kasih pada semua yang terlibat.

SKTAR DIHATIKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...