Salam..
Pada hari Sabtu ( 2 Mac 2013 ) jam 8.30 pagi - 12.30 Tengahari telah dijalankan Mesyuarat Agung PIBG 2013 kali ke 29 bertempat di Dewan SKTAR. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Batin kampung Orang Asli Tun Abdul Razak Encik Asu bin Dollah. Antara yang turut hadir ialah YDP PIBG sesi lantikan 2012 lalu Encik A Mizan bin Silai. Guru Besar Encik Rahman turut menyerikan majlis pada hari perjumpaan ibu bapa dan guru- guru.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang mesyuarat seperti :
- Ucapan Perasmian
- Ucapan guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Taklimat Sarana oleh Setiausaha lalu Puan Asfarina binti Ghazali
- Mesyuarat Agung
- pembentangan usul
- Cabutan bertuah
terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat tersebut. Semoga hasilnya akan terlihat pada anak-anak murid di sekolah ini. InsyaAllah.