SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday, 23 September 2012

TKRS - Kerja Amal dan ikatan 2012

 Salam TKRS.

Pada 19 September 2012 ( Rabu ) Unit Beruniform TKRS SKTAR telah mengadakan kerja amal membersihkan persekitaran kawasan sekolah termasuk di kawasan luar sekolah sepanjang siar kaki dan ke jalan utama memasuki Kampung Tun Razak Oran Asli Kuala Kubu Bharu Selangor. Kerja Amal ini disertai oleh murid-murid tahun 3,4,5 dan 6. Setaip murid dibahagikan kepada 3 kumpulan utama.


 Hidup biar berjasa

 Yeay..mari pulang semula ke sekolah..kawasan kita dah cantik. 

Selesai kerja amal tersebut, aktiviti TKRS diteruskan dengan ikatan dan pertolongan cemas. Tahniah diucapkan pada Ustazah Asfarina dan Cikgu Aziz bin Lahakim yang memberi input berguna dan berkongsi ilmu pada semua murid-murid TKRS pada petang tersebut. Antara ikatan yang dipelajari adalah ikatan buku sila dan ikatan anduh patah.

 Kiri atas kanan, kanan atas kiri 

Kemenjadian murid

Aktiviti ditamatkan pada jam 4.00 petang berikutan hujan lebat yang melanda Kuala Kubu Bharu. Tahniah pada semua murid yang hadir.

KATMO 2012


Salam

 
Kiri :  Cikgu Jashiah,Amy Wan Nazrie, Alfizan, Jasman Liga, Zulkamirul Nizam, zuraidah, Siti Shahrizan, Olina Sedu, Ilen Morgan dan Rosmayanti Erna serta Cikgu Aziz Lahakim. 

 Pada 18 September 2012 (Selasa) berlangsung kejohanan Tunas Olimpik Muda Bawah 10 Tahun di SK Batang Kali. Kontijen SKTAR seramai 8 orang murid tahun 4 ini dikendalikan oleh Cikgu Yusmawi dan Cikgu Aziz Lahakim. 



Antara acara yang diambil oleh sekolah ini iaitu Lari 100 Meter, Lari 200 Meter dan Lontar Peluru. Pencapaian kseluruhan adalah penyertaan di peringkat kumpulan. Tahniah pada semua yang terlibat.

Friday, 14 September 2012

Penutupan Hari Malaysia 2012

 Salam 1 Malaysia.

Pada hari Jumaat ( 14/9/2012) Jam 7.45-8.15 pagi bertempat di dataran SKTAR, telah berlangsungnya majlis penutupan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 16 September ini (Ahad) . Maka sekolah akan bercuti pada hari Isnin. Justeru itu sambutan penutupan hari Malaysia telah disambut lebih awal dari tarikh sebenar. Majlis Penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SKTAR, Encik Abdul Rahman bin Abdullah.


 Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas, adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anuar

 Disambut dengan semangat oleh semua murid-murid Sekolah Tun Razak

 Cuaca pada pagi ini agak lembap berikutan hujan lebat yang melanda Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi.

 Kuiz disediakan oleh Guru Penyelaras Kelab Rukun Negara SKTAR, Puan Saedah binti Ahmad

 Tekun mendengar kuiz..saya tau cikgu! 

 GB menyampaikan hadiah pada pemenang.

 Penutupan rasmi oleh GB 

 2 Murid yang terlibat dalam perhimpunan Hari Malaysia di SMK KKB pada hari Khamis bersama GPK Kokurikulum. Adik Norazlina dan adik Nor Anisha tahun 4.

Sumbangan dari Tuan PPDHS kepada Guru Besar yang berupa bendera Kebangsaan.


Wednesday, 12 September 2012

Sebelum Melangkah ke Dewan Peperksaan UPSR 2012

Salam..

Pihak sekolah dengan kerjasama dari Unit Bimbingan dan Kaunseling telah sudi menyumbangkan peralatan pensil kepada semua calon UPSR tahun 6 dari sekolah ini seramai 24 orang murid. Mudah-mudahan murid dapat menjawab soalan dengan yakin dan mudah. Kesemua guru mendoakan yang terbaik kepada mereka.

 Masing-masing muka nervous..takpe..gemuruh itu normal. 




Gambar kenangan bersama pentadbir dan Guru-guru tahun 6 2012. 


Monday, 10 September 2012

Selamat Menduduki UPSR 2012

Salam..

Murid Tahun 6 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR untuk tahun 2012 yang akan berlangsung Selasa-Khamis ( 11-13 September 2012) ini. Semoga segala tunjuk ajar yang diperolehi dari guru-guru tahun 6 kepada 24 calon UPSR SKTAR ini dapat dipraktikkan di dalam dewan peperiksaan kelak. InsyaAllah.

10 Ribu Langkah Serentak Merdeka 2012

 Salam 1 Malaysia..

 
 Gambar kenangan 10 Ribu Langkah Serentak Merdeka 2012

Berlangsung pada 9 September 2012 ( Ahad) di Pekan Kuala Kubu Bharu sekitar jam 8.00 pagi telah berlangsung program 10 000 langkah sejauh 6.5km yang melibatkan seluruh warga Kuala Kubu Bharu tidak mengira peringkat  usia, kaum dan agama, semuanya turut melibatkan diri dalam anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara demi memastikan semua warganegara menyahut seruan kerajaan untuk menjadi penduduk Malaysia yang sihat jasmani dan fizikal.

 
 Olina Sedu menerima sijil dari Guru Besar .

Seramai 24 murid SKTAR dan dibantu oleh 2 guru turut serta dalam program tersebut. Terima kasih pada PK Kokurikulum Pn Hajjah Jashiah binti Rabu dan Encik Yusmawi yang sanggup turun bersama murid pada hari minggu tersebut. Program 10 Ribu langkah ini dibantu oleh pelbagai agensi awam seperti polis, JPAM dan Rela. Penyempurnaan sijil pada semua murid diadakan di Dataran sekolah pada Isnin ( 10 /9/2012 ) oleh Yang Berusaha Guru Besar SKTAR. 

Shahrizan Asun Murid Tahun 4  bangga dengan sijil penyertaannya.

Saturday, 8 September 2012

KBS Siri 2 2012


Assalamualaikum w.b.t...

Pada hari ini Sabtu 9 September 2012 jam 7.30 pagi merupakan hari persekolahan berganti yang wajib diambil oleh pihak sekolah bagi menggantikan cuti hari raya Aidilfitri pada hari Khamis (16 Ogos 2012) yang lalu.  Di kesempatan ini, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri Kedua untuk tahun ini.

Seramai 18 murid Islam dari tahun 1 hingga 5 mengambil bahagian dalam majlis ilmu tersebut. Manakala murid Islam tahun 6 diberi kelepasan untuk memberi mereka ruang untuk mengulangkaji saat akhir sebelum Peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada Selasa-Khamis depan ( 11-13 September 2012). Terima kasih diucapkan pada semua guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF yang terlibat dalam KBS kali ini.


Majlis penutupan dirasmikan oleh PK Pentadbiran, Puan Rokiah binti Hassan dan beliau turut sudi menyerahkan sumbangan kerepek pada semua murid Islam yang terlibat dalam program Kem Ibadah Solat ini. Beliau mengharapkan agar semua murid dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari bukan sahaja di sekolah bahkan dalam kehiduan sehari-hari sebagaimana layak nya umat Islam.


untuk lain-lain gambar berkaitan KBS siri 2 2012 ini boleh klik di pautan tersebut. . 


Tuesday, 4 September 2012

Merdeka Raya 2012


KAMI WARGA SKTAR BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA..

MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..


Assalamualaikum w.b.t

Pada 30 Ogos 2012 (Khamis) telah berlangsung majlis serentak  sambutan Merdeka Raya Peringkat Sekolah di bawah unit Kokurikulum . Terima Kasih pada Penyelaras program Puan Hajjah Jashiah binti Rabu yang bertungkus lumus mengendalikan program tersebut sambil dibantu oleh Jawatankuasa dikalangan Guru dan staf yang dilantik.

Majlis tersebut berjalan lancar..Perasmian oleh Guru Besar SKTAR di Dataran Kejat dan kantin sekolah. Antara pengisian Merdeka Raya seperti berikut :

  • Ucapan perasmian
  • Nyanyian lagu patriotik
  • Aku janji bendera
  • Permainan Tradisional - Sepak Raga bulatan dan Congkak
  • Jamuan aidilfitri
  • Pertandingan baju murid tercantik
  • Persembahan murid
  • Penyampaian hadiah mewarna merdeka.
 
 Dirasmikan oleh Cikgu Abdul Rahman bin Abdullah



 Tahniah .. :)

 A'ee-a'ee aselik (Anak-anak dara asli) 

 Anak bujang SKTAR..timbang 2

 
 Jamuan Adilfitri Guru dan murid. TQ kak Yah Kantin dan kelab guru SKTAR

 Siapa kata kami tak pandai bergaya..

Gambar kenangan 2012

Terima kasih pada semua yang terlibat dan turut serta. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...