SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 27 October 2015

KSSMOA TAHUN 2016 : SEPAK TAKRAW

Kejohanan : Sukan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 27 Oktober 2015 (Selasa)
Waktu : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Teluk Datuk, Banting Kuala Langat
Pencapaian : Penyertaan peringkat kumpulan.




Pada 27 Oktober lalu, van dari PPDHS telah membawa seramai 8 orang murid sepak takraw dari sekolah ini untuk menyertai pertandingan Sepak Takraw di Dewan Orang Ramai di Banting. Van yang dibawa oleh abang latif dari PPDHS itu juga membawa 3 orang guru iaitu Encik Alpian Md Nor (PK Ko-ku) , Encik Abdul Aziz (Pengurus pasukan ) dan Encik Yusmawi ( Jurulatih ).


Regu A
- Andre bin Wan (Tahun 3 )
- Faizal bin Abidin ( Tahun 6)
-Razeli bin Rosli (Tahun 4)
- Aeri Zurizal bin Paizal ( Tahun 4 )

Regu B
- Ragus bin Kassim (Tahun 6)
- Azli bin Sogot (Tahun 5 )
- Razil bin Akob ( Tahun 6 )
-  Shahrul Aiman bin Sudirman (Tahun 4 )





Pada tahun ini sekadar penyertaan ekoran latihan yang tidak mencukupi kerana minggu peperiksaan dan penutupan sekolah beberapah hari kerana masalah jerebu.


SKTAR DIHATIKU

KSSMOA Olahraga 2015

Kejohanan : Sukan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 26 Oktober 2015 (Isnin)
Waktu : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Padang Sukan, Banting Kuala Langat
Pencapaian : Penyertaan peringkat kumpulan.
Acara : Lontar peluru, Larian 200 meter & 400 meter

SKTAR DIHATIKU

Monday 26 October 2015

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun 2015

Minggu : Peperiksaan Akhir Tahun 2015
Tarikh : 26 -29 Oktober 2015
Murid Terlibat : Kesemua murid Tahun 1 - 6

Minggu peperiksaan pada bulan ini terpaksa diadakan agak lewat kerana ekoran masalah jerebu yang melanda negara. Sebelum itu persekolahan telah ditutup selama 4 hari kerana indeks pencemaran udara yang teruk.

Pada 26 Oktober 2015 lalu, Peperiksaan akhir tahun berjaya juga dijalankan. Syukur Alhamdulillah.



SKTAR DIHATIKU

Monday 12 October 2015

Lawatan Mesra Datuk Syed Hussian ke Surau Aishah Bajunid SKTAR 2015

Aktiviti : Lawatan Mesra Datuk Syed Hussian ke  Surau Aishah Bajunid SKTAR
Tarikh : 12 Oktober 2015 (Isnin)
Waktu : 12.00 Tengahari
Tempat : Surau Aishah Bajunid SKTAR

Penglibatan :
- Datuk Syed Hussian Aljunid
- Guru Besar Tuan Abdul Rahiman bin Yusof
- Ustaz Tauddin
-Ustaz Aziz
- Encik Fahmi



SKTAR DIHATIKU

Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara 2015

Aktiviti : Hari Sukan Negara 2015
Tarikh : 10 Oktober (Sabtu)
Tempat : Dataran SKTAR & Trek Merentas Desa

Penglibatan : Kesemua warga kerja sekolah & 
Kesemua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Belia & sukan







Program :
1. Senamrobik dipimpin Puan Suhaiza
2. Larian 10000 langkah
3. Sarapan pagi

SKTAR DIHATIKU

Friday 2 October 2015

Tahniah SKTAR. Asrama Selangor Terbaik 2015

Pencapaian : Anugerah Asrama Terbilang Kebangsaan Tahun 2015
Tempat : Taiping Golf Resort Perak
Tarikh : 2 Oktober 2015 (Jumaat )
Anjuran : kementerian Pendidikan Malaysia
Pencapaian : Kategori Sekolah Berasrama Bagi Sekolah orang Asli Terbaik

Sekalung tahniah diucapkan pada semua warga kerja SKTAR.





Anugerah Sri Asrama Terbilang atau nama ringkasnya ASAT merupakan program induk Unit Asrama Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memertabatkan asrama harian seluruh negara.

ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran asrama, pengurusan fizikal,pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dan kecerian asrama.

Komponen utama dalam ASAT merangkumi;

1. Pertandingan Asrama Terbilang
2. Tokoh Kepimpinan Murid Asrama
3. Karnival Kokurikulum Asrama
4. Anugerah Kecemerlangan

MATLAMAT

Memperkasa asrama harian sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang kondusif melalui program dan aktiviti yang terancang.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan kepada asrama terbilang.
  2. Meningkatkan lagi semangat persaingan dan menggalakkan kreativiti serta inovasi warga asrama dalam usaha melahirkan sebuah asrama terbilang.
  3. Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada warga asrama yang berjaya.
  4. Memperkasa integrasi nasional menerusi program dan aktiviti asrama.
  5. Membina modal insan selaras dengan Konsep 1Malaysia.


SKTAR DIHATIKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...