SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Thursday 30 April 2015

KEJOHANAN SUKAN SKTAR KALI KE 37, TAHUN 2015

Program : Kejohanan Sukan SKTAR Kali Ke 37
Tarikh : 29-30 April 2015 ( Rabu & Khamis )
Tempat : Padang SK KKB
Anjuran : Unit Ko-Kurikulum
Penglibatan : Kesemua 216 orang murid SKTAR
Dirasmikan : YB Dato' Rosni binti Sohar ( ADUn Hulu Bernam )



Tentatif :

7.15-7.30   : Pendaftaran, murid-murid berkumpul di sekolah
7.50 - 8.00 : Murid-murid bergerak ke padang SK KKB
8.00-8.15   : Murid-murid berkumpul dalam rumah sukan masing-masing
8.15-8.45   : Perbarisan rumah sukan
8.45-9.30   : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor & Sekolah
                     Bacaan doa
                     Bacaan ikrar kejohanan oleh adik Emran bin Abdul Rani ( Tahun 6 )
                     Ucapan oleh wakil PPD, Encik Zaki bin Yusof
9.30-12.00 : Acara sukaneka dimulakan
12.30-1.00 : Acara penuupan
                    Ucapan perasmian penutup oleh YB Dato' Rosni binti Sohar ( ADUN Hulu Bernam)
                    Penyampaian hadiah
                     Jamuan & bersurai

Acara dipertandingkan :

 Balapan :

60 Meter : Tahap 1 ( L&P)
100 Meter : Tahap 2 (L&P)
400 Meter : Tahap 2 (L&P)
4X100 Meter : Tahap 2 (L&P)
4X400 Meter :  Tahap2 (L&P)

Sukaneka :

Golek Tayar
Lari ikat kaki
Lari kepit bola
Lari bawa bola pingpong
Bawa pundi kacang atas kepala
susun tin
Jalan atas bongkah 
Isi airi dalam botol
Terompah gergasi
Lari dalam guni
Lari skiping
Lari berhalangan
Tarik tali ( Bapa dan murid2 )


Keputusan :

Johan : Rumah Biru ( 255 mata )
Naib Johan : Rumah Kuning ( 184 mata )
Ketiga : Rumah Merah ( 167 mata )













Perarakan murid-murid

SKTAR PINTAR

Wednesday 22 April 2015

MSSD Bola Jaring Tahun 2015

Aktiviti : Kejohanan Bola Jaring Tahun 2015
Tarikh : 22 April 2015 ( Rabu )
Waktu : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi
Anjuran : Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Penglibatan :
 - Puan Norhazliza binti Mohamad ( Pengurus )
- Puan Zaitun binti Md Kassim ( Jurulatih )


Pencapaian : Tempat kedua dalam saringan kumpulan.
Berjaya memberi tentangan sengit pada SK biasa. Tahniah semua.


SKTAR PINTAR

Tuesday 21 April 2015

Kemaskini Fail Aset Harta Modal dan Inventori 2015

Aktiviti : Kemaskini Fail Aset Harta Modal dan Inventori
Penglibatan : AJK Aset Sekolah dan asrama
Tarikh : 21 April 2015 ( Selasa )
Waktu : 8.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : PSS SKTAR

Mesyuarat aset yang diadakan pada 15 April 2015 yang dipengerusikan oleh PK kurikulum Puan Junaidah binti Bani Amin

Senarai AJK Aset 2015 - 2016
Penasihat : Encik Abdul Rahiman bin Yusof ( Guru Besar )
Pegawai Aset DG44: Puan Jauharriah binti Ahmad
Pemeriksa Aset DG41 : Encik Abdul Aziz bin Abdullah
Pemeriksa Aset DG41 : Puan Norhazliza binti Mohamad
Pegawai pelupusan DG41 : Puan Saedah binti Ahmad
Pegawai Pelupusan FT17 : Encik Muhammad Fahmi bin Kamil Hadi
Pegawai Aset Asrama : Encik Said Sobrie bin Said Kassim 

Antara pengisian sepanjang tarikh tersebut adalah :
  • Mengemaskini fail induk pengurusan aset
  • Mengemaskini minit mesyuarat aset
  • Mengemaskini Fail Kew. PA 2 - PA 8
  • Labelling dan coding aset terbaharu 
 
 Pemeriksaan ini dilakukan bagi menghadapi lawatan berkala dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor pada 24 April 2015 ( Jumaat ).

SKTAR PINTAR

Sunday 19 April 2015

PERASMIAN SURAU AISHAH BAJUNID : 2015

Program : Perasmian Surau Aishah Bajunid
Tarikh : 18 April 2015 ( Sabtu )
Waktu : 11.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Surau Aishah Bajunid SKTAR
Perasmi : Datuk Syed Hussian Aljunid (P.J.N)

 Papan perasmian

Papan nama Surau Aishah Bajunid

Alhamdulillah,

Pihak SKTAR amat berbesar hati atas ketibaan Datuk Syed Hussian Aljunid bersama ahli keluarganya kira-kira seramai 20 orang. Datuk Syed Hussian telah sudi menyumbangkan sebuah surau yang boleh memuatkan kira-kira 50 jemaah dalam satu-satu masa.


Surau ini telah mula dibina pada bulan November 2014 lalu dan telah siap sepenuhnya pada 1 April 2015. Surau ini dinamakan dengan nama "Surau Aishah Bajunid " yang mengambil namanya sempena bonda Datuk Syed Hussian iaitu Allahyarhamah Puan Hajjah Siti Aishah binti Abdul Hamid Bajunid. Semoga dengan penyempurnaan surau ini dapat menambahkan lagi kebaikan buat Allahyarhamah serta kebaikan melimpah ruah buat seluruh ahli keluarga Datuk Syed Hussian Aljunid. Aamiin.


Surau Aishah Bajunid ini telah dibina di tapak lama English Hut . Pembinaan surau ini diilhamkan oleh Datuk Syed Hussian ketika lawatan kerja Western Digital pada Jun 2014 lalu. Cetusan ini juga diinspirasikan oleh mantan Guru Besar SKTAR pada waktu itu iaitu Encik Abdul Rahman bin Abdullah. Berkat kerja berpasukan maka lahirlah sebuah madrosah ibadah yang begitu indah. 


Berikut merupakan tentatif Program :

12.00 pm : Ketibaan Datuk Syed Hussian dan ahli keluarga
12.10 pm : Perasmian oleh Datuk Syed Hussian dan anaknya Cik Sharifah Aishah binti Syed Hussian
12.15 pm : Persembahan zikir selawat oleh 16 murid Islam asrama - Cahaya Selawat (Raihan)
12.20 pm : Tayangan video viti yang disediakan oleh Encik Muhd Fahmi
12.30 pm : Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahiman bin Yusoff
12.40 pm : Ucapan oleh Cik Shahrifah Aishah binti Syed Hussian
12.50 pm : Ucapan perasmian oleh Datuk Syed Hussian Aljunid
1.00 pm : Penyerahan hadiah sumbangan pihak sekolah pada Datuk Syed
1.05 pm : Sumbangan Tuan PPD Hulu Selangor Tuan Zainal Abidin pada Surau
1.10 pm : Sumbangan sejadah oleh Datuk Syed Hussian pada Surau
1.15 pm : Sumbangan abang kepada Datuk Syed pada 16 orang murid Islam asrama
1.20 pm : Laungan azan oleh Encik Alpian bin Mohd Nor (PK Ko-ku)
1.30 pm : Solat Zuhur berjemaah dipimpin oleh Ustaz jemputan, Ustaz Yusof
1.40 pm : Bacaan Yasin dan tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Yusof
2.00 pm : Makan Tengahari di Kantin SKTAR
2.30 pm : Majlis bersurai.

Majlis murni ini direalisasikan oleh semua warga kerja SKTAR termasuklah Unit Panitia Pendidikan Islam diketuai oleh Ustazah Asfarina binti Ghazali, Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah, Ustazah Rogayah binti Abdullah dan Ustaz Mohd Tajudin bin Ahmad. Panitia P. Islam juga mengucapkan jutaan terima kasih pada kesemua jawatankuasa kerja melibatkan rakan-rakan guru dan staf, murid Islam asrama dan barisan pentadbir.

 Pemasangan Signboard oleh kontraktor tersohor Hulu Selangor, Abang Shakir atau lebih dikenali sebagai abang cat. Cantik kan :)

  AJK pamplet diketuai Cikgu Nayan dibantu oleh guru-guru lain

 Gemilang SKTAR ku..

Dekorasi surau yang telah disiapkan .Hanya menanti perasmi
                      


Wajah-wajah ceria

SKTAR sentiasa dihati kami

Gaya spontan warga SKTAR

Ketibaan ahli keluarga Datuk dan jemputan

Disempurnakan oleh Datuk Syed Hussian dan anaknya Cik Sharifah Aishah

Datuk Syed Hussian dan jemputan VIP bergambar bersama


 Jemputan menandatangani buku pelawat diketuai Datuk Syed Hussian, Tuan Zainal Abidin (Pegawai PPD Hulu Selangor) dan Encik Rahman ( Guru Besar Gesir Tengah ) sambil disaksikan oleh Guru Besar SKTAR Encik Rahiman.



 
 Persembahan nasyid dipimpin oleh panitia Pendidikan Islam . Dilantunkan oleh kesemua murid Islam asrama SKTAR dari tahun 1 - 6.


Ucapan perasmian oleh Datuk Syed Hussian dan ahli keluarga.

Sumbangan ahli keluarga terdekat Datuk Syed pada murid Islam 
yang membuat persembahan nasyid.

Sumbangan sejadah, bahan pencuci dari pihak Datuk kepada Guru Besar.

Bacaan yasin dipimpin oleh penceramah jemputan Ustaz Yusof.

ilahadrotannabiyyi SAW...alfatihah


 Yaasssiiin... semoga beroleh kebaikan buat
Allahyarhamah Hajjah Aishah binti Abdul Hamid Bajunid.



  Aaamiin..



Nasi Beriyani di Kantin SKTAR.



 Alhamdulillah....


Semoga apa yang dikerjakan hari ini akan mendapat kebaikan buat kita semua. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih pada ahli keluarga Datuk Syed Hussian Aljunid termasuk Tuan Syed Zul, Tuan Syed Abdullah, Puan Anita dan seluruh ahli kaum kerabat Datuk Syed Hussian.

Jazakallahu hoiron kasiiro.

SKTAR PINTAR

Wednesday 15 April 2015

Outreach Peringkat Sekolah 2015


Aktiviti : Outrach Peringkat Sekolah Tahun 2015
Tarikh : 15 April 2015 ( Rabu )
Anjuran : Unit Kurikulum, Unit HEM & JAKOA Hulu Selangor
Penyelaras : 
Puan Hafsania binti Jamian ( GPML )
Encik Saifullizan bin Sallehuddin ( HEM )
Cik Nor Ida Mardiah (warden asrama),
 En. Mohd Hafiz b.Mat Samsuri (Jakoa)


Pada 15 April 2015, satu lawatan ke kg orang asli telah dilaksanakan sebagai langkah awal Program Outreach Daerah Hulu Selangor yg akan diadakan pada 7 Mei 2015 kelak.  Pra Outreach peringkat sekolah 2015 adalah 'one step forward' yg dilakukan oleh unit linus sekolah untuk berjumpa ibu bapa / penjaga murid2 linus konstruk 1 dan konstruk 2 yang perlu di bawa menjalani Pengawai Perubatan. 


Pra Outreach Peringkat Sekolah juga bertujuan untuk menerangkan prosedur pemeriksaan perubatan, mendapatkan kebenaran atau tidak membenarkan serta mengumpul dokumen berkaitan program outreach ini.Pada tahun ini seramai 3 org murid yg tidak menguasai K1 dan K2 berbanding seramai 13 orang tahun 2014.


Aktiviti pra outreach ini dilakukan saban tahun dan kali ini bekerja sama dengan Unit HEM serta JAKOA Daerah Hulu Selangor. Lawatan ke kampung2 orang asli disertai oleh Pn.Hafsania binti Jamian ( GPML), En.Saifullizan bin Sallehuddin(HEM), Cik Nor Ida Mardiah (warden asrama), En. Mohd Hafiz b.Mat Samsuri (Jakoa) juga bertujuan untuk menjejaki murid2 yg tidak hadir ke sekolah

 





.Kampung asli yang terlibat adalah kg.orang asli kerling, kg orang asli hulu tamu, kg orang asli songkok, kg orang asli buloh telur, kg orang asli pertak dan kg orang asli gerachi.

SKTAR PINTAR

Tuesday 14 April 2015

On Making Surau Aishah Bajunid SKTAR

Salam ukhwah..

Menanti detik perasmian Surau Aishah Bajunid yang akan disempurnakan oleh Datuk Syed Hussian Aljunaid pada 18 April 2015 (Sabtu) ini amat dinantikan oleh semua warga SKTAR. Sumbangan sebuah surau ini adalah hasrat,impian dan harapan seorang dermawan yang berhati mulia. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baiknya.. Aamiin.


Berikut merupakan rentetan perjalanan sebelum terbinanya sebuah surau yang indah :


 Pecah Tanah pada bulan Disember 2014

Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan

Surau dah siap pada bulan Mac 2015. Syukur alhamdulillah

 Kerja pembersihan surau

Last touch up

Operasi sertu bersama murid Islam dan guru

Mesyuarat Panitia P.Islam menyentuh pembentukan AJK Perlaksana melibatkan semua guru
pada 10 April 2015

 
Mesyuarat Perlaksana dipengerusikan oleh Guru Besar pada 13 April 2015

SKTAR PINTAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...