SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Tuesday 30 December 2014

Mesyuarat Guru & Staf Pertama 2015

Salam...

Taklimat : Mesyuarat Guru dan Staf Pertama 2015
Tarikh : 30 Disember 2014 ( Selasa )
Waktu : 9.00 pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Kesemua guru dan staf

Pada 30 Disember 2014 , telah diadakan Mesyuarat Guru & Staf Pertama Tahun 2015 yang telah dipengerusikan oleh Yang berusaha Encik Abdul Rahiman selaku Guru Besar SKTAR. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh kesemua warga kerja sekolah termasuk guru dan staf. Kesemua ahli mesyuarat begitu bersemangat menantikan tahun 2015 yang pastinya lebih mencabar dalam menaikkan lagi imej sekolah ini sebagai sekolah asli ternama di negeri Selangor.

Antara pengisian pada mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

- Ucapan aluan oleh Encik Abdul Rahiman bin Yusuf ( Guru Besar )
- Taklimat tugasan 2015 oleh Guru Besar
- Pembentangan unit HEM oleh Encik Saifullizan
- Pembentangan unit Kokurikulum oleh Encik Alpian
- Mesyuarat pembubaran dan perlantikan Kelab Guru SKTAR 

Mesyuarat tersebut turut diisi dengan jamuan pot luck ringkas yang dibawa oleh warga kerja sekolah seperti nasi lemak, kuih-muih dan kudapan manisan.

 Kesemua warga kerja sekolah telah mula berkumpul

 Ucapan aluan dan taklimat tugasan 2015 oleh Guru Besar

Pembentangan unit HEM oleh Cikgu Saifulizan

Pembentangan unit Ko-kurikulum oleh Cikgu Alpian

 gaya, mutu , keunggulan...


 Jamuan pot luck

 Mesyuarat yang santai - Cikgu Jauharriah

 Antara juadah yang disediakan



 Mesyuarat kelab Guru dan Staf 2014 / 2015

 
  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Tengahari oleh Encik Abdul Rahiman.

SKTAR PINTAR

Monday 22 December 2014

Pertukaran Guru Disember 2014

Salam..

2014 menyaksikan SKTAR kehilangan beberapa lagi guru setelah berpindah ke sekolah yang baharu.

 Nama guru : Puan Rosidah binti Mohamed Ahyar
Pengalaman di SKTAR : 2009 - 2014 ( PK )
Sekolah Baharu : SK KKB , Hulu Selangor
Pertukaran : Perjawatan Guru Besar di SK KKB



 Nama guru : Puan Noriah Anak Tong Seng
Pengalaman di SKTAR : 2013 - 2014
Sekolah Baharu : SK Kampung Kuantan , Hulu Selangor
 Pertukaran : Penempatan semula guru subjek oleh PPD


 Nama guru : Ustazah Noor Hayati binti Nawawi
Pengalaman di SKTAR : 2013 - 2014
Sekolah Baharu : SK Serendah , Hulu Selangor
 Pertukaran : Permohonan guru


SKTAR PINTAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...