SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Sunday 29 June 2014

PELANCARAN BULAN PANITIA P.ISLAM & IHYA' RAMADHAN 2014

Assalamualaikum w.b.t.

 
Program : Pelancaran Bulan Panitia P.Islam & Pelancaran Ihya' Ramadhan 2014
Tarikh : 27 Jun 2014 ( Jumaat )
Waktu : 7.40 -8.40 pagi
Tempat : Dataran SKTAR
Sasaran : Warga kerja dan murid Islam SKTAR

Salam Ramadhan diucapkan pada semua para pembaca. Pada 27 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat 29 Sya'ban 1435 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam SKTAR telah melancarkan progam bulan Panitia Pendidikan Islam sekaligus melancarkan progam sambutan program Ihya' Ramadhan bagi tahun ini.


Berikut merupakan Jawatankuasa pelaksana program :
  • Penasihat : Encik Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar)
  • Pengerusi : Puan Rokiah binti Hassan ( PK Kurikulum)
  • Ketua Panitia : Ustazah Noorhayati binti Nawawi
  • Setiausaha Panitia : Ustazah Asfarina binti Ghazali
  • Penyelaras program Ihya' Ramadhan : Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah
  • Bendahari Panitia : Ustazah Rogayah binti Abdullah

Antara pengisian program pada pagi yang barakah itu adalah :

  1. Bacaan doa
  2. Ucapan Ketua Panitia Ustazah Noorhayati binti Nawawi
  3. Ucapan Penolong Kanan Puan Rokiah binti Hassan
  4. Bacaan tadarus al-quran melibatkan 10 orang murid Islam bagi memperdengarkan surah al-Baqarah ayat 1 - 20
  5. Ucapan penutupan oleh Guru Besar Encik Abdul Rahman bin Abdullah
  6. Penyerahan simbolik pelancaran berupa buah kurma dan door gift dari Panitia Pendidikan Islam.

 Program ini dilakukan bagi mengalu-alukan penghulu segala bulan, bulan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, bulan keampunan, bulan kerahmatan dan bulan pembebasan dari pintu neraka. Program ini disertai oleh kesemua warga sekolah yang beragama Islam melibatkan 29 warga kerja SKTAR dan 39 orang murid Islam SKTAR dari tahun 1-6.

 
 Ucapan aluan oleh ketua Panitia : Ustazah Noorhayati binti Nawawi

 Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah

 Dipengacarakan oleh Ustazah Asfarina binti Ghazali

Murid Islam yang lain turut mendengar


 
 Guru Talaqi bacaan oleh Ustazah Rogayah binti Abdullah


 Bismillahirrahmanirrahim... Alif Laaam Miiim



     Para guru mengambil tempat



    Adik Putra dari tahun 3 memperdengarkan bacaannya


       Door gift sumbangan Panitia P.Islam pada semua murid Islam dan warga kerja SKTAR


                     Terima kasih Panitia P . Islam atas sumbangan  Kurma dan air kotak



Selamat datang Ramadhan !

Beberapa program sempena ramadhan 2014 ini telah dirancang antaranya :

  1. Pelancaran Bulan Panitia P.Islam ( 27 Jun 2014)
  2. Tazkirah Ramadhan ( 27/6 - 25/7/ 2014 )
  3. Tadarus al-qur'an ( 27/6 - 25/7/ 2014 )
  4.  Kuiz Ramadhan ( 27/6 - 25/7/ 2014 )
  5. Gotong-royong Juadah berbuka Puasa  (8/7/2014)
  6. Packaging sumbangan Aidilfitri ( 22/7/2014)
  7. Iftar Jama'e kerjasama PIBG ( 17/7/2014)
  8. Solat hajat dan Bacaan Yasin ( 5& 19 /7/2014)
  9. Penutupan sambutan Ihya' Ramadhan ( 25/7/2014)
 Semoga Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan terbaik buat kita. Ayuh kejarlah Malam Lailatul qadar yang mana lebih baik dari 100 bulan.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Friday 27 June 2014

POT LUCK AMBANG RAMADHAN 2014

Salam..


Program : Pot Luck Ambang Ramadhan 2014
Tarikh : 27 Jun 2014 ( Jumaat )
Waktu : 9.00-10.30 pagi
Tempat : Kantin SKTAR

Salam.. Bertepatan dengan ambang Ramadhan yang bakal disambut  2 hari lagi (Ahad InsyaAllah bermula puasa) , Kelab Guru dan Staf telah mengadakan majlis jamuan ringan Pot Luck melibatkan semua warga kerja sekolah. Pelbagai hidangan menarik tersedia pada pagi itu antaranya Nasi campur, Kuih-muih dan buah-buahan.








Diharap program murni ini dapat diteruskan lagi masa-masa mendatang.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Wednesday 25 June 2014

SUMBANGAN KOKO CRUNCH KE SKTAR 2014

Sumbangan Nestle produk Koko Krunch ke SKTAR
Tarikh : 25 Jun 2014
Hari : Rabu
Waktu : 9.00-10.30 pagi
Tempat : pintu Masuk SKTAR
Sasaran :  Murid tahun1 - 6 dan semua warga kerja SKTAR


Salam, pada pagi rabu 25 Jun 2014, Pihak Nestle Malaysia Sdn Bhd telah sudi menyumbangkan sarapan percuma untuk semua murid dan para warga kerja sekolah dengan membekalkan sarapan berkhasiat Koko Krunch. Kesemua warga sekolah termasuk murid begitu seronok dan teruja melihat lori kecil yang membawa sarapan yang hebat ini.







Semoga, pihak Nestle sudi lagi datang ke sekolah kami ye. Terima kasih daun keladi, senang-senang jumpa lagi.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Lawatan Bas Pintar 2014

 Program   : Bas Pintar ke SKTAR
Tarikh : 24 Jun 2014
Waktu : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Hari : Selasa
Tempat : Luar perkarangan SKTAR
Sasaran : Murid tahun 1 - 6

 
 
PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program sekolah angkat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah luar bandar. 

Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Antara kejayaan yang dicapai ialah pada tahun 2008, bilangan pelajar dari sekolah PINTAR yang mendapat 5A dalam UPSR adalah 9.5% lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 9.2%.
Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan terutama pada pelajar-pelajar luar bandar. Oleh itu, pada hari Selasa 24 Jun 2014 lalu, murid-murid SK Tun Abdul Razak berpeluang menyaksikan dan melawat bas PINTAR ini. Antara tarikan utama yang terdapat di dalam bas ini ialah alatan muzik daripada alam semulajadi, penjagaan makanan dan sebagainya. Murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba simulator tersebut.



















Diharapkan agar semua pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ke atas bas tersebut. 

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

MESYUARAT PANITIA P.ISLAM KALI KE 2 TAHUN 2014

Salam..

Bismillah kami mulakan...

Pada 24 Jun 2014, jam 9.40 pagi bertempat di bilik Panitia Pendidikan Islam telah berlangsung mesyuarat Panitia Kali ke 2 bagi tahun 2014. Keempat-empat Guru Pendidikan Islam termasuk 2 orang guru j-Qaf telah hadir dalam pertemuan pada pagi tersebut.


Berikut kehadiran guru P.Islam :
  1. Ketua panitia : Ustazah Noorhayati binti Nawawi
  2. Setiausaha : Ustazah Asfarina binti Ghazali
  3. Guru j-Qaf  B.Arab : Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah
  4. Guru j-Qaf p.Islam : Ustazah Rogayah binti Abdullah
Berikut ketetapan hasil mesyuarat :
  • Dapatan hasil pertemuan Pegawai P.Islam PPDHS Ustaz Sabri bin Yusof ke SKTAR pada 19 Jun 2014 yang lalu : - Program Dakwah - PAFA - Sistem failing
  • Pelancaran Bulan Panitia P.islam :
  1. Pelancaran Ihya' Ramadhan  2014
  2. Kertas kerja permohonan sumbangan badan-badan korporat dan perseorangan
  3. Pengisian program Ihya' Ramadhan  2014
Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadikan ia sebagai bulan puasa terbaik buat kita semua terutamanya 39 orang murid Islam di sekolah ini. Insya Allah.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Sunday 22 June 2014

SKTAR DI DADA AKHBAR- Western Digital : 2014

Salam..

Sekilas penyerahan rasmi komputer

Pada hari ini, 2 surat khabar utama di negara ini telah memaparkan berita penerimaan 12 unit komputer kepada Sk Tun Abdul Razak. Berita ini disunting selepas penyerahan secara rasminya pada hari semalam (20 Jun 2014 jam 3.00 pm) bertempat di Makmal Komputer SKTAR. 

 NST 21/6/14

Berita Harian 21/6/14


Majlis penyerahan rasmi ini dihadiri oleh beberapa tetamu penting antaranya  Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Encik Zainal Abidin bin Mohd Yusof, Pengarah Urusan Western Digital Malaysia Encik Gouw Kim San, Pengarah Kanan dan Operasi Sokongan Western Digital Datuk Syed Hussain aljunaid, Pengerusi Yayasan Western Digital Puan Wan Zalina Noordin, YDP Pibg Encik Mizan bin Silai, Batin Asu bin Dolah dan Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahman bin Abdullah.

 Turut hadir Ketua Meja Sekolah Orang Asli : Ustaz Norhisham bin Saimun (Baju kuning)

 Para jemputan utama

Para speaker majlis

Majlis pada petang itu juga menyaksikan sumbangan oleh Datuk Syed Husaain aljunid dengan memberi kewangan bagi membina sebuah surau di tapak SK Tun Abdul Razak ini. Syukur alhamdulillah..Semoga jasa baik Datuk Syed Husaain ini dilimpakan dengan rahmat dariNya. Aaamiin. 


Dengan penyerahan rasmi oleh Western Digital ini, maka makmal komputer SKTAR dapat kembali beroperasi dengan lebih efisyen dan berkesan dalam menerapkan pembelajaran dan pengajaran berteraskan teknologi masa kini.



TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...