SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Wednesday 28 May 2014

Selamat Bercuti Pertengahan Tahun 2014

Kami di Unit Publisiti dan Dokumentasi Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak mengucapkan selamat bercuti panjang pada semua murid-murid dan para guru di seluruh Malaysia. Cuti ini bermula dari 28 Mei 2014 (Rabu) - 15 Jun 2014 (Ahad) selama 18 hari.


isilah masa lapang ini dengan aktiviti berfaedah.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Tuesday 27 May 2014

Pot Luck Meraikan pengantin baru 2014

Salam..

 

Program : Pot Luck Meraikan Pengantin Baru Encik Rosman bin Shamsudin
Tarikh : 27 Mei 2014
Waktu : 9.40 - 10.30 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Kantin Sekolah 


Pada 27 Mei jam 9.40 pagi , Unit Kelab Guru dan Kaunseling dibawah pengerusinya Encik Mohamed Nayan telah merancang sejak kelmarin mengenai program pot luck yang merupakan tradisi para warga kerja SKTAR sejak dahulu lagi. Jamuan ini diadakan bagi meraikan bakal pengantin baharu iaitu Encik Rosman bin Shamsudin yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 1 Jun 2014 (Ahad) ini di Sungkai Perak Darul Ridzuan.

 
Bacaan doa kesyukuran

Amiin..

Uitt.. mata ke mana, tangan berdoa..hihihi . Jangan marah cikgu-cikgu. Bergurau sahaja.

Bakal pengantin baru pada 1 Jun 2014 ini.

 Kuih muih yang ada

 Jemput makan semua..

 Pizza made in cikgu nayan

 nyump..nyump...

 Tradisi SKTAR yang tidak akan pudar...

Majlis jamuan ini diserikan lagi dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah , Ucapan pengerusi Kelab Guru Encik Mohamed Nayan dan ucapan aluan dari yang diraikan Encik Rosman bin Shamsudin. Terima kasih diucapkan pada semua guru yang sudi membawa serba aneka makanan yang lazat dan menarik seperti nasi lemak kandang, nasi putih, ikan siakap 3 rasa, kuih muih, pajeri terung, kek, muffin dan  air mangga segar.

Tahniah kami ucapkan . Semoga berbahagia hingga ke akhir hayati.

TEMUAN BAHARU
SKTA DIHATIKU

Penyampaian hadiah Minggu Sains 2014

Salam..

 

Program : Penyampaian Hadiah Minggu Sains 2014
Tarikh : 27 Mei 2014
Hari : Selasa 
Waktu : 7.45 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran SKTAR
Pengelola : Guru Sains SKTAR ( Pn Norhazliza & Pn Siti Khadijah )

Pada 27 Mei 2014 jam 7.45 pagi, Panitia Sains SKTAR telah mengadakan majlis penyerahan hadiah bagi minggu Sains 2014 bertempat di Dataran SKTAR. Pelbagai acara menarik disediakan oleh unit Sains seperti :
  • Tahun 1 : Melabelkan bahagian badan
  • Tahun 2 : Kuiz Sains
  • Tahun 3 : Teka silang kata
  • Tahun 4 : Mencari barang tersembunyi
  • Tahun 5 :  Kuiz Sains
  • Tahun 6 : Mencari Harta Karun

Berikut merupakan pemenang bertuah :

Tahun 1 :
  1. Siti Nazerah binti Kamarudin
  2. Juwita Norazlyn binti Jiji
  3. Adreen Haizul bin Azlan

Tahun 2 :
  1.  Suhana 
  2. Norsyafiqah
  3. Shakira

Tahun 3 :
  1. Razli
  2. Putera
  3. Aerie Zurizal 

Tahun 4 :
  1. Normanisha
  2. Naszrul Nizam
  3. Siti Shahira

Tahun 5 :
  1. Shahidin
  2. Rezwan
  3. Haziman

Tahun 6 :
  1. KumpulanAmy Wan Nazrie
  2. Kumpulan Rosmayanti Erna
  3. Kumpulan Siti Shahrizan
  4. Kumpulan Ejan

 Adik Razli pemenang tempat pertama kategori tahun 3

 Antara hadiah yang disediakan

 hadiah berkumpulan tahun 6

 Bakal saintis cilik SKTAR tahun 1


 Hadiah bagi tahap 1


Semoga murid-murid SKTAR semakin memahami betapa pentingnya sains dalam kehidupan seharian kita.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Taklimat sepanjang Januari - Mei 2014

Salam...


Taklimat Sepanjang Jan- Mei 2014
Tarikh : 26 Mei 2014
Hari : Isnin
Waktu : 1.00 - 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

Pada 26 Mei yang lalu, Guru Besar SKTAR Encik Abdul Rahman bin Abdullah telah memaklumkan pada semua guru-guru bahawa satu perjumpaan interaksi antara guru-guru bagi membincangkan perjalanan sekolah sepanjang bulan Januari hingga Mei 2014 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan sebelum sekolah akan bercuti panjang bermula 28 Mei 2014 ini ( Rabu) hingga 15 Jun 2014 (Ahad) selama 18 hari.

Antara pengisian taklimat tersebut seperti membincangkan :

  • Pegawai SISC+ PPDHS yang akan membantu para guru
  • Ranking sekolah-sekolah peringkat Selangor dan Kebangsaan
  • Makluman tindakan dari email-email sepanjang bulan
  • Grow and Pill
  • Markah peperiksaan di dalam sistem SAPS

 Bagaimana tindakan cikgu-cikgu ? ...

 Dipengerusikan oleh Guru Besar

 Demi kejayaan anak murid SKTAR.


Taklimat tersebut berakhir pada jam 2.00 petang.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Terima Kasih Unit HEM 2014

Program : Penyampaian gambar berbingkai Hari Guru 2014
Tarikh : 27 Mei 2014
Waktu : 8.00 - 8.10 pagi
Hari : Selasa
Tempat : Dataran SKTAR



Terima kasih tidak terhingga pada Unit HEM dibawah seliaan gurunya iaitu Puan Roshidah binti Mohamed Ahyar yang sudi menyampaikan hadiah frame bergambar kesemua para guru SKTAR ketika sambutan Hari Guru SKTAR pada jumaat lalu bertarikh 16 Mei 2014. Beliau mengalu-alukan sebarang cadangan bagi penambah baikkan sistem HEM demi kemenjadian murid-murid di sekolah ini.

Antara barisan guru-guru yang ada di tapak perhimpunan :

 Terima kasih cikgu Liza

 Terima kasih ustazah Asfa

 Terima kasih cikgu Siti

 Terima kasih cikgu Aziz Lahakim

 Terima kasih cikgu Yusmawi

 Terima kasih Puan Rokiah

 Thank you Teacher Nurhayati

 Terima kasih cikgu Nayan

 Terima kasih cikgu Zaitun

 Syukran Jazilan ya ustaz Aziz

 Syukran jazilan ya ustazah Rogayah

 Terima kasih Cikgu Noriah

 Terima kasih cikgu Pija

 Terima kasih cikgu Saedah

 Terima kasih Ustazah Norhayati

 Terima kasih cikgu Jauharriah

 Terima kasih Encik Abdul Rahman. tergambar keceriaan Puan Rosidah binti Ahyar selesai hajat unit HEM.


Semoga dengan pemberian gambar berbingkai ini lebih menyemarakkan lagi usaha para guru di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak untuk lebih berdaya saing  sekaligus meningkatkan akademik murid-murid.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Wednesday 21 May 2014

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Salam peperiksaan...


Jadual peperiksaan tahun 5 & 6 (KBSR)

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014
Tarikh : 19 - 23 Mei 2014
Hari : Isnin - Jumaat
Tempat : Kelas-kelas tahun 1 - 6

Pada 19 - 23 Mei 2014 , SKTAR telah mengadakan peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Justeru itu Unit Peperiksaan dibawah setiausaha dalamannya Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabeir telah mengagihkan jadual peperiksaan pada semua guru pada minggu lalu. 


Jadual peperiksaan tahun 2,3,4 ( KSSR)

Murid menjawab soalan dengan tenang

 saya tahu ni.. A

 Borang OMR dalam ujian objektif telah dibiasakan bagi murid tahun 4

 Selamat menjawab...

Kami juga boleh !

Alhamdulillah, kesemua soalan berjaya diserahkan pada Guru Penolong Kanan Puan Rokiah binti Hassan untuk diperbanyakkan di kedai fotostet. Guru juga sering mengingatkan murid agar mengulangkaji dan menyediakan perkakasan alat tulis yang lengkap.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Friday 16 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU SKTAR 2014

Terima kasih cikgu...

 Barisan para guru SKTAR 2014 sewaktu sambutan Hari Guru

Program : Sambutan Hari Guru 2014
Tarikh : 16 Mei 2014 ( Jumaat)
Waktu : 7.30 pagi - 11.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTAR
Penyertaan : Melibatkan semua guru, staf dan murid-murid.

Pada 16 Mei , Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak  telah menyambut Hari Guru peringkat Sekolah bagi tahun 2014. Bertepatan dengan tema tahun ini " Guru : Pencetus Kreativiti , Penjana Inovasi" kesemua 22 orang guru dari sekolah ini telah sepakat mengenakan tema Bollywood. Tahniah diucapkan kepada Badan Kelab guru dan Staf yang bertungkus lumus menyediakan tentatif program yang menarik sepanjang hari tersebut.

Kesemua murid Tahun 1 hingga 6 begitu seronok dan terhibur dengan gaya sporting para guru yang tidak mengenal erti malu,penat dan lelah demi meraikan sambutan rasmi bagi para pendidik di seluruh negara. Tahniah diucapkan pada semua pegawai yang terlibat.


Berikut merupakan tentatif program :

7.30 pagi :
-Berkumpul di |tapak perhimpunan
-Bacaan doa oleh Ustaz Aziz
-Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah.
-Bacaan Perutusan sempena Hari Guru
(KPPM oleh Encik Rosman)
-Ucapan wakil murid
-Ucapan guru Besar
-Ikrar guru oleh Encik Mohamed Nayan
-Nyanyian lagu hari Guru ( Guru Malaysia, Lagu Tema 2014 dan tayangan video)
-Penyampaian hadiah dari murid pada guru

9.30 pagi :
-Rehat

10.00 pagi :
-Persembahan Guru
-Penyampaian Hadiah

11.45 Pagi :
-Bersurai dan masuk ke kelas.



 Ahli Jawatankuasa BKGS

Penasihat : En Abdul Rahman bin Abdullah
Pengerusi : En Mohamed Nayan bin Mohamaed
Naib Pengerusi : Pn Zaitun binti Md Kassim
Setiausaha : Pn Nor Wahira binti Ali
Bendahari : Pn Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier

AJK :
  1. Pn Jauharriah binti Ahmad
  2. Pn Hamidah binti Hambli
  3. Pn Hajjah Noorhayati binti Haji Nawawi
  4. Cik nurhayati binti Hashim
  5. En Muhd Fahmi bin Kamil Hadi.




 Bacaan doa oleh Ustaz Aziz

 Perutusan KPPM oleh cikgu Rosman

 Murid mengabmil tempat

 Barisan guru yang ceria

 Ucapan wakil murid adik Rosmayanti Erna

 Ucapan Guru Besar

 Ikrar guru oleh Cikgu Nayan

 Tayangan Slaid Video

 Mengalukan pelawat luar yang menyampaikan kad ucapan dan kek Hari Guru.

 Barisan guru pentadbir yang sporting

 Murid menyampaikan hadiah pada semua guru yang diingati

 Terima kasih cikgu..

 Sejambak bunga untuk cikgu yang dikasihi

 Cikgu Liza bersama adik Shahira


 Thank You..

 Persembahan guru 1

 Persembahan guru 2

 Persembahan guru 3

Duet oleh PPM dan Warden





 Persembahan guru 4

 Fahmi menyampaikan lagu selingan

 Namastee

 Hadiah juri 1

 Hadiah juri 2

 Hadiah juri 3

Wakil kantin tidak dilupakan 

Pemenang pakaian  tercantik  :

Tempat Pertama

Tempat kedua

 Tempat ketiga

 Tempat keempat

Penyampaian hadiah persembahan :


 Johan

 Naib Johan

 Ketiga

 Saguhati persembahan:



 Penyampaian mug dan plak ekslusif pada semua guru dan staf.


























 Kandid :



 


 



Terima kasih diucapkan juga pada Unit LINUS dibawah seliaan gurunya Puan Nor Wahira kerana sudi menyumbangkan mug ekslusif pada semua guru. Pihak kelab Guru dan Staf juga sudi menyumbangkan plak cenderahati pada semua guru dan staf. Terbuktilah para pendidik SKTAR memang sporting dan rileks.

TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...