SK TUN ABDUL RAZAK, JALAN PADANG GOLF , 44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR . 0360643795

Saturday 30 June 2012

LADAP e-SPLG

 Salam..

Pada petang Khamis tanggal 28 Jun 2012, telah berlansungnya mesyuarat LADAP dalaman in-house Training kali ketiga bagi tahun ini. Taklimat tersebut bagi membincangkan tentang pengisian data kursus yang telah dihadiri oloh guru sepanjang 2012..guru-guru telah diingatkan agar membawa bersama kad biru untuk tujuan memasukkan data tersebut.

 Antara guru yang hadir 
Taklimat disampaikan oleh S/U LADAP ustaz Abdul Aziz bin Abdullah. 

Pada asalnya ,perjumpaan pada petang tersebut akan dihadiri oleh pegawai LHDN untuk mengutip borang makluman penjawat awam namun akibat kesuntukan masa perjumpaan tersebut digantikan dengan taklimat e-SPLG serta pengisian borang kaji selidik TNA oleh guru-guru.

Friday 29 June 2012

Senamrobik 1 Malaysia

 Salam..

Dasar 1 Murid 1 sukan telah berjalan serentak di seluruh Malaysia sejak 2011. Justeru itu SKTAR tidak ketinggalan dalam menyediakan sahsiah ko-kurikulum terbilang pada murid-muridnya. 


12,3,4,5,6,7,8 ..8 lagi...
 

Tahniah pada cikgu Noor Hafiza Jabier yang memimpin pasukan senamrobik SKTAR di Dataran sekolah pada hari ini ( Jumaat 29 Jun 2012).

Sukantara 2012

 Salam..



 Pada hari Rabu ( 27 Jun 2012 ) jam 2.45-3.30 petang bertempat di Padang SK KKB 1 . Semua murid berkumpul di Dataran Kejat SKTAR dan dibahagikan kumpulan oleh Ustaz Aziz. Murid2 dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Sukantara ini dihadiri oleh semua guru yang ada pada hari tersebut dan konvoi berjalan kaki sejauh 400 meter itu diketuai oleh cikgu Jauharriah binti Ahmad.
 
Cuma satu sahaja acara dipertandingkan dalam sukantara SKTAR iaitu Lontar Peluru. Namun ujian markah tersebut terpaksa ditamatkan awal kerana hujan telah mula turun dan semua murid pulang semula ke SKTAR.InsyaAllah ujian sambungan markah ini akan dijalankan pada Isnin depan (2 Julai 2012).

 
Encik Yusmawi dan Pn Hajjah Jashiah merupakan orang tersibuk pada hari tersebut.

Selamat Datang Cikgu Aziz


Ahlan wasahlan pada cikgu Aziz bin Lahakim dari SK Rasa ke SKTAR..

Penempatan semula beliau bagi menggantikan cikgu Noor Hafiza bt Raub option Mate pada bulan Mac yang lalu. Belaiu merupakan guru "old timer" di Daerah ini sejak 1997 lagi. Mengajar subjek Am  dan berpengalaman luas mengajar subjek teras di sekolah Kebangsaan.

Semoga dengan kehadiran cikgu Aziz Lahakim membantu lagi akademik terbilang di sekolah ini. Jadi SKTAR mempunyai 2 orang guru yang sama nama iaitu :

  1. Encik Abdul Aziz bin Lahakim : Guru Am
  2. Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah. : Guru j-QAF.
Selamat datang kembali diucapkan. 

Saturday 23 June 2012

Penyerahan Buku ADAB 2012

 Salam..

Pada hari Jumaat 22 Jun 2012 jam 8.00 hingga 11.30 Pagi satu majlis penyerahan buku ADAB pada waris murid-murid sedang diadakan. Buku ADAB tersebut akan ditandatangani oleh penjaga murid sambil disaksikan murid itu sendiri dihadapan guru kelas. Kolaborasi dan perbincangan antara ibu bapa dan guru turut dibuat sepanjang waktu tersebut. 
 




Ada ibu bapa yang sangat berminat ingin mengetahui sejauh mana pencapaian anak mereka dalam pelajaran bahkan turut meminta nasihat terbaik dari guru kelas bagi membincangkan demi kebaikan bersama. Tahniah diucapkan pada Unit Kurikulum dan semua guru kelas Tahun 1 hingga 6.

Aktivti TKRS 20 Jun 2012


Salam..

Pada 20 Jun 2012 ( Rabu ) sekitar jam 2.45 hingga 4.40 petang bertempat di SKTAR, aktiviti TKRS diadakan seperti dirancang oleh PK Koku dan Takwim tahunan. Kumpulan TKRS dipecahkan kepaa 3 group kecil bersama guru masing-masing. Pada petang itu guru-guru menyediakan set perkhemahan untuk murid2 memasang mengikut spesifikasi yang betul. 

 Group 1 : Guru : Ustaz Aziz, Pn.Saedah,puan Hafsania dan Pn Siti Khadijah. 

 
Tahniah pada semua murid dan guru yang terlibat. 

Saturday 16 June 2012

PINTAR

 Salam..

Pada 16 Jun 2012 (Sabtu), satu lawatan ilmiah dari PINTAR Faoundation dengan kerjasama unit HEM telah melakukan satu lawatan akademik dan teori yang menarik untuk murid2 SKTAR.Sasaran mereka pada murid tahun 3,4 dan 5. Manakala dibantu oleh hampir kesemua guru2 sktar yang sudi hadir meskipun pada waktu cuti hujung minggu. Bertempat di Dewan SKTAR pda jam 8.00 hingga 1.00 Tengah hari.


Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya buku skrap hijau tekan bunga, LDK, tayangan  video dan Nyanyian lagu Tema Selamatkan bumi kita. Terima kasih pada Encik Amir dan  Cik Noor. Pada mulanya dikhabarkan terdapat 10 sukarelawan dari UKM yang bekerjasama dengan PINTAR,namun terpaksa dibatalkan berikutan masalah lain. 







Jamuan makanan disediakan oleh Kak Yah Kantin. Menunya Bihun singapore untuk sarapan pagi dan Nasi berlauk untuk santapan tengah hari. Apapun, Tahniah pada semua murid SKTAR.Igun Muhei Hebat! Untuk lain2 gambar sila klik di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...